Pengenalan

Sebut sahaja Ibnusina Eyewear pasti ramai yang terbayangkan jenama cermin mata yang sedang popular di Malaysia. Pasti ramai yang tidak tahu, sebenarnya jenama ini datangnya dari KELANTAN. Jenama Ibnusina mula diasaskan pada Julai 2010 dan mula berada di pasaran semenjak Disember 2010. Ia mengambil nama sempena dengan Ilmuwan Islam yang pertama yang mengkaji tentang fungsi mata di dalam kitabnya Al-Kanun Fi Tibb (Canon of the Medicine) yang telah diterjemahkan ke bahasa latin, inggeris dan sebagainya.

Sehingga kini kitab Ibnusina ini masih menjadi rujukan oleh pakar-pakar perubatan. Sesuai dengan nama Ibnusina yang mengkaji tentang fungsi mata, kami mengambil nama tersebut sebagai jenama produk kami. Lalu menggunakan jenama IBNUSINA EYEWEAR. Dengan sasaran utama produk adalah cermin mata berkonsepkan terapi dan perlindungan.

Sehingga kini kami telah mengeluarkan 24 buah model cermin mata dengan pelbagai fungsi kegunaannya. Terdapat 4 model utama yang kami keluarkan, yang pertama ialah Therapy Eyewear merupakan cermin mata terapi untuk mengurangkan masalah rabun, seterusnya, HD Eyewear, merupakan cermin mata untuk menghalang silau serta dapat meningkatkan penglihatan. Digital Eyewear, model ketiga, ianya dikhaskan kepada mereka yang sering menggunakan peralatan digital seperti komputer, televisyen dan lain-lain lagi. Model terakhir dan terbaru ialah Sport Xtive Eyewear, model ini dikhaskan untuk kegunaan ketika bersukan atau melakukan aktiviti riadah.